Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Nasi Ulam


Akhirnya berjaya selepas beberapa lama tertangguh sebab tak cukup bahan. Tapi kali ni tak jugak ikut betul2 bahan dia. Biasalah, mesti ada modified & mix beberapa resepi. Tak sangka tuan-tuan kecik yang anti-sayur kat rumah ni suka. Boleh jadi umpan makan sayur ni.

Bahan-bahan :

3 cawan nasi putih sejuk dan berderai
1 ekor ikan kembong bakar
5 keping nipis ikan kurau masin goreng
2 cmb udang kering goreng tanpa minyak
1 helai daun kunyit
10 helai daun cekur
5 tangkai daun kesum
3 biji bawang merah
1/2 biji kelapa parut putih goreng tanpa minyak
3 cmb budu
2-3 biji cili padi hiris
Keropok goreng

Cara-cara :

1. Isi ikan kembong, ikan kurau masin, udang kering goreng dan kelapa parut goreng
ditumbuk halus.
2. Ulam-ulaman dan cili padi dihiris halus.
3. Gaul semua bahan bersama budu. Sesuaikan rasa.
4. Boleh dihidang bersama keropok goreng.

Sunday, September 26, 2010

Nasi Impit Goreng ala Indian Italiana


Setelah sekian lama bukak blog hari2 pandang Tapai Satok tu, baru hari ni terajin nak update masakan orang tak berapa rajin, asalnya beli bahan2 nak buat Pasta Goreng tapi oleh kerana terpaksa menyesuaikan masakan dengan kesediaadaan makanan, maka terhasillah Nasi Impit Goreng ala Indian Italiana yang tak dapat menandingi kesedapan Lontong Goreng Peserai yang dah lama tak dapat tu :(, kira ok la tu dari langsung tak berasap dapurku itu ,,

Saturday, August 22, 2009

Nasi Beringin


Life dari dalam periuk, tinggal 1/4 lepas berbuka tadi, Alhamdulillah .. Ringan dan beraroma

Bahan-bahan :

2 pot Beras
1 cmt Jintan manis
2 batang Serai (dititik)
1 labu Bawang besar
1 ulas Bawang putih
3 cmb Mentega
2 helai Daun pandan
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

1. Cairkan mentega dan tumis jintan manis
2. Masukkan bawang, serai dan daun pandan
3. Masukkan air secukupnya, biar mendidih dan tambah garam secukup rasa
4. Masukkan beras, biar hingga nasi masak barulah dikarih
5. Biar nasi naik wap supaya nasi masak sepenuhnya