Showing posts with label Minum pagi/petang. Show all posts
Showing posts with label Minum pagi/petang. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Bingka Labu Cinderella


Harum semerbak lemak wangi masa membakar, lembut & kaya rasa labu, highly recommended untuk yang gemar kuih tradisional

Bahan-bahan :

600 g labu kuning (kukus & lecek)
2 cawan tepung gandum*
2 cmb tepung kastard*
5 biji telur*
200 ml santan*
1 cawan gula*
2 cmb mentega cair*
1/2 cawan susu pekat manis*
1/2 cmt garam*
Sedikit bijan

Cara-cara :

1. Panaskan oven 180 C
2. Blend bahan-bahan bertanda (*)
3. Campurkan bahan yang telah diblend dengan labu kuning dan pukul dengan whisk
4. Panaskan loyang bersama sedikit marjerin
5. Tuang adunan di acuan, tabur bijan dan bakar lebih kurang 1 jam (saya bakar di
petitin lebih kurang 15 minit, lagi berkerak lagi sedap)

Kongsi Resepi - Kuih Cara Berlauk

Kongsi Resepi - Kuih Cara Berlauk

Kongsi Resepi - Kuih Lopes

Kongsi Resepi - Kuih Lopes

Monday, April 11, 2011

Cucur Jawa



Cucur yang digelakkan dengan panjang & meleret2 oleh en hubby kerana mula2 terlebih air jadi tak jadi kembung tapi jadi lempeng. Setelah diadjust sesedap rasa tangan mencurah tepung & ditambah gula merah terus dari plastik (tak dicairkan), barulah keping2 terakhir menjadi bentuknya, itupun setelah mereka kenyang makan cucur yang tak jadi tadi, jadi adalah balance untuk snap gambar, takpe2, gelakkanlah, lain kali saya buat saya makan sorang2, masa tu saya dah pandai buat sebab dah belajar dari pengalaman, jangan nak mengecek2 ye :P

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
sedikit garam
2 cawan air

Cara-cara :

1. Campurkan gula pasir dan gula merah bersama air, masak hingga mendidih, sejukkan
2. Tuangkan air gula tadi ke dalam campuran tepung gandum dan tepung beras
3. Masukkan garam. Pukul dengan whisk hingga berbuih
4. Peram bater semalaman
5. Ambil sesenduk adunan dan digoreng dengan minyak banyak
6. Balikkan apabila cucur sudah kelihatan kembung di sebelah bawah
7. Angkat cucur apabila bahagian tepi sudah garing
8. Toskan minyak, sedap dinikmati panas2

Sunday, January 17, 2010

Bingka Labu


Rancang nak buat Pumpkin Pie (akibat terpengaruh dengan Cafe World), tapi apabila setelah 2 minggu menjadi hiasan dapur, labu Cinderella ku tak bertukar2 jadi Pumpkin Pie, maka tukar rancangan yang lebih mudah dan rasanya lebih diterima oleh selera2 Melayu di rumah berbanding selera omputihku itu .. ;)

Friday, December 18, 2009

Cucur Jagung


Resepi sihat dari lebihan jagung rebus!

Friday, December 11, 2009

Cek Mek Molek


Buat julung2 kalinya, dipersembahkan, Cek Mek Molek dari Melaka, tapi guna keledek oren sebab tu je yang ada, boring asyik goreng je, terfikir resepi mudah, buat untuk breakfast, sebiji bulat keledek dapat le 10 ketui Cek Mek, sebenarnya boleh dapat lebih banyak tapi resepi pun main agak-agak sesedap tangan & belum ada pengalaman besar mana saiz nak digentel, jadi le Cek Mek saiz M, kalau saiz S banyak lagi boleh dapat, tapi ok le tuh, 1st try, nak rasa lebih keledek, kurangkan tepung, warna lebih cantik, shape pun ok cuma tertebal, jadi macam kurang gula, menyokong kempen kurangkan makan gula !

Monday, September 7, 2009

Makaroni Bakar

Projek menghabiskan Sup Makaroni Aman yang tak terhabis..

Saturday, August 15, 2009

Roti Lapis Daging

Panik ! Panik ! Dah nak menumis cari2 serbuk kari daging takde stok, pakai je la apa yang ada, cheese utk topping pun takde, jangan risau, kena kreatif.. Moral of the story - pastikan semua bahan yang diperlukan ada sebelum anda bercita-cita menyediakan hidangan untuk keluarga
anda ..

Bahan-bahan :

3 biji Kentang
500 g Daging cincang
1 labu Bawang besar
3 ulas Bawang putih
1 cmb Serbuk kari daging
3 cmb Minyak
12-14 kpg Roti
500 ml Susu segar
3 biji Telur
Keju parut secukupnya
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

1. Tumis bawang dan serbuk kari, masukkan daging cincang dan kentang, sesuaikan rasa dan ketepikan
2. Pukul telur bersama susu dan sedikit garam
3. Celup roti ke dalam adunan susu, ramas kecil
4. Lenser loyang, ratakan 1 lapis roti
5. Lapiskan dengan adunan daging
6. Ulang proses hingga selesai, taburkan keju parut
7. Bakar selama 30-45 minit sehingga masak