Showing posts with label Suara hati. Show all posts
Showing posts with label Suara hati. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Highly Recommended Novels

Aku hanya baca novel Khadijah Hashim - menghibur, mendidik, realistik dan dalam kelas tersendiri.

Untuk yang minat novel yang kritis dan kreatif, bukan untuk yang minat pada novel jiwang yang mengkhayalkan, penuh angan-angan dan drama.


*Mencari Azizah*




*Di Ruang-Mu Aku di Sini*
*Bila dan di Mana*
*Senator Adila*
*Melawan Arus*
*Laila Azwa Gadisku*
*Badai Semalam*
*Mira Edora*
*Ke Mana Kasih Hendak di Bawa*
*Ombak dan Cintaku*
*Kasih Entah di Mana*
*Semanis Madu Sepahit Hempedu*
*Musim Kering*
*Pelangi Pagi*
*Mawar Merah di Jambangan*


Banyak yang dah tukar gambar kulit dan jadi trilogi, tapi aku tetap suka gambar yang asal yang ada dalam koleksi, walau ada beberapa yang dah hilang. Sayangnya!



Tiupan Bara Inspirasi yang Terpendam

Tiba-tiba mendapat inspirasi.

Bukan baru tapi menyemarak minat yang lama tenggelam kerana ketiadaan masa, kononnya.

Melebarkan manfaat dalam blog kerdil, kalau bukan untuk orang lain cukup untuk ingatan dan renungan diri sendiri, untuk meluah yang kadang-kadang sukar dilafaz kerana menjaga hati.

Kredit untuk MPH kerana bossnya menyebabkan aku menjadi ahli dan meneruskan minat mencari sumber inspirasi dalam hidup.

Kredit untuk Lydia Teh, pengarang Life's Like That & HONK! If You're Malaysian ! kerana mengejut minat yang lelap.


Kredit untuk Prof. Azhari bin Ismail (UPM) yang mula-mula memperkenal budaya refleksi.


Moga semangat ini tidak mudah padam dan tetap semarak walau angin bertiup kencang dari 4 penjuru alam!