Catatan pengalaman & refleksi kehidupan dari perspektif dan suara hati seorang pemerhati
Friday, October 14, 2011
11 Oktober 2011 ~ Happy 8th Birthday, Aman !!
Fruit Cake yang asalnya RM 27 tapi kena tambah RM 3 jadi RM 30 sebab ada Angry Bird, siapa yang patut angry nih?
Sunday, September 18, 2011
Wednesday, August 17, 2011
Kerepek Pisang Nangka Patah Pinggang
Buat julung-julung kalinya, mempersembahkan... Kerepek Pisang Nangka Patah Pinggang (pinggang pokok pisang yang patah akibat dipukul ribut, bukan orang yang membuatnya, orang yang membuatnya hampir patah pinggang sahaja).
Maka terjadilah peristiwa hari ini dalam sejarah dapur. Tak pernah berniat nak membuat kerepek pisang sendiri walaupun tahun ini bercita-cita tukar tema hari raya dari biskut --> kerepek / keropok / kacang (sudah aim Zainab Food, Simpang Renggam).
Setelah mencuba beberapa resepi, akhirnya yang paling ok adalah back to basic. Garam & bawang putih. That's it. Tak perlu air kapur segala bagai. Hilang kisah nak kekal rangup, jadi merah pulak kerepek 1 kuali + minyak berbuih2 hampir melimpah keluar dari kuali. Tak yah pakai air kapur pun rangup.
Dan mendapat pujian En. Hubby yang sangat mahal itu. Itupun agaknya sebab dia yang tolong kopek kulit pisang 1 tandan. 1 tandan = 6 sisir = 1 balang seperti di gambar & 2 bekas Tupperware bulat saiz sedang = 3 jam siang + 2 jam malam (kalau Lee Chong Wei tak main final Kejohanan Dunia malam tu harus lagi cepat & kurang kadar kecoklatan dan ketidaksempurnaan akibat ulang alik dari dapur ke tv).
Baru saya faham sekarang kenapa orang jual kerepek mahal. Sangat susah (kena bukak gelang emas sebab tak tahan panas masa menyagat & menggoreng) + tak muai + ambil masa lama. Mulai hari ini saya takkan komplen lagi. Kalau tak mau beli senyap ;-)
Monday, June 13, 2011
Sunday, June 12, 2011
Saturday, June 11, 2011
Bingka Labu Cinderella
Harum semerbak lemak wangi masa membakar, lembut & kaya rasa labu, highly recommended untuk yang gemar kuih tradisional
Bahan-bahan :
600 g labu kuning (kukus & lecek)
2 cawan tepung gandum*
2 cmb tepung kastard*
5 biji telur*
200 ml santan*
1 cawan gula*
2 cmb mentega cair*
1/2 cawan susu pekat manis*
1/2 cmt garam*
Sedikit bijan
Cara-cara :
1. Panaskan oven 180 C
2. Blend bahan-bahan bertanda (*)
3. Campurkan bahan yang telah diblend dengan labu kuning dan pukul dengan whisk
4. Panaskan loyang bersama sedikit marjerin
5. Tuang adunan di acuan, tabur bijan dan bakar lebih kurang 1 jam (saya bakar di
petitin lebih kurang 15 minit, lagi berkerak lagi sedap)
Thursday, June 9, 2011
Wednesday, June 8, 2011
Nasi Ulam
Akhirnya berjaya selepas beberapa lama tertangguh sebab tak cukup bahan. Tapi kali ni tak jugak ikut betul2 bahan dia. Biasalah, mesti ada modified & mix beberapa resepi. Tak sangka tuan-tuan kecik yang anti-sayur kat rumah ni suka. Boleh jadi umpan makan sayur ni.
Bahan-bahan :
3 cawan nasi putih sejuk dan berderai
1 ekor ikan kembong bakar
5 keping nipis ikan kurau masin goreng
2 cmb udang kering goreng tanpa minyak
1 helai daun kunyit
10 helai daun cekur
5 tangkai daun kesum
3 biji bawang merah
1/2 biji kelapa parut putih goreng tanpa minyak
3 cmb budu
2-3 biji cili padi hiris
Keropok goreng
Cara-cara :
1. Isi ikan kembong, ikan kurau masin, udang kering goreng dan kelapa parut goreng
ditumbuk halus.
2. Ulam-ulaman dan cili padi dihiris halus.
3. Gaul semua bahan bersama budu. Sesuaikan rasa.
4. Boleh dihidang bersama keropok goreng.
Tuesday, June 7, 2011
Monday, June 6, 2011
Sunday, June 5, 2011
Saturday, June 4, 2011
Wednesday, April 13, 2011
Honey Pan Grill Drummet
Monday, April 11, 2011
Cucur Jawa
Cucur yang digelakkan dengan panjang & meleret2 oleh en hubby kerana mula2 terlebih air jadi tak jadi kembung tapi jadi lempeng. Setelah diadjust sesedap rasa tangan mencurah tepung & ditambah gula merah terus dari plastik (tak dicairkan), barulah keping2 terakhir menjadi bentuknya, itupun setelah mereka kenyang makan cucur yang tak jadi tadi, jadi adalah balance untuk snap gambar, takpe2, gelakkanlah, lain kali saya buat saya makan sorang2, masa tu saya dah pandai buat sebab dah belajar dari pengalaman, jangan nak mengecek2 ye :P
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
sedikit garam
2 cawan air
Cara-cara :
1. Campurkan gula pasir dan gula merah bersama air, masak hingga mendidih, sejukkan
2. Tuangkan air gula tadi ke dalam campuran tepung gandum dan tepung beras
3. Masukkan garam. Pukul dengan whisk hingga berbuih
4. Peram bater semalaman
5. Ambil sesenduk adunan dan digoreng dengan minyak banyak
6. Balikkan apabila cucur sudah kelihatan kembung di sebelah bawah
7. Angkat cucur apabila bahagian tepi sudah garing
8. Toskan minyak, sedap dinikmati panas2
Subscribe to:
Posts (Atom)