Wednesday, April 13, 2011

Honey Pan Grill Drummet



Drummet segera perapan apa yang ada, dipanggang pun segera di non-stick pan sahaja kerana tak tergamak nak makan karbon kalau panggang terus ke api. (Notes : kita belum ada grill elektrik mahupun grill arang)

Monday, April 11, 2011

Cucur Jawa



Cucur yang digelakkan dengan panjang & meleret2 oleh en hubby kerana mula2 terlebih air jadi tak jadi kembung tapi jadi lempeng. Setelah diadjust sesedap rasa tangan mencurah tepung & ditambah gula merah terus dari plastik (tak dicairkan), barulah keping2 terakhir menjadi bentuknya, itupun setelah mereka kenyang makan cucur yang tak jadi tadi, jadi adalah balance untuk snap gambar, takpe2, gelakkanlah, lain kali saya buat saya makan sorang2, masa tu saya dah pandai buat sebab dah belajar dari pengalaman, jangan nak mengecek2 ye :P

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
sedikit garam
2 cawan air

Cara-cara :

1. Campurkan gula pasir dan gula merah bersama air, masak hingga mendidih, sejukkan
2. Tuangkan air gula tadi ke dalam campuran tepung gandum dan tepung beras
3. Masukkan garam. Pukul dengan whisk hingga berbuih
4. Peram bater semalaman
5. Ambil sesenduk adunan dan digoreng dengan minyak banyak
6. Balikkan apabila cucur sudah kelihatan kembung di sebelah bawah
7. Angkat cucur apabila bahagian tepi sudah garing
8. Toskan minyak, sedap dinikmati panas2

Tuesday, September 28, 2010

Teh Vanilla & Karamel


Lama juga mencari Teh Karamel seperti yang diiklan oleh KOG, baru jumpa, ada Teh Vanilla lagi, my favourite ice cream flavour ! Tak tau ada kena mengena dengan teh ke tidak ? Adakah ia sesedap aiskrim Vanilla?

Sunday, September 26, 2010

Nasi Impit Goreng ala Indian Italiana


Setelah sekian lama bukak blog hari2 pandang Tapai Satok tu, baru hari ni terajin nak update masakan orang tak berapa rajin, asalnya beli bahan2 nak buat Pasta Goreng tapi oleh kerana terpaksa menyesuaikan masakan dengan kesediaadaan makanan, maka terhasillah Nasi Impit Goreng ala Indian Italiana yang tak dapat menandingi kesedapan Lontong Goreng Peserai yang dah lama tak dapat tu :(, kira ok la tu dari langsung tak berasap dapurku itu ,,

Monday, April 12, 2010

Tapai Kg Buntal, Santubong


Kuih sarapan dari kaki Gunung Santubong

Mee Kolok Special Satok


3 hari di Kuching pagi petang makan Mee Kolok. Mee Kolok Santubong pun sedap tapi mee dia hitam & cili pun cili kicap. Mee Kolok Special Satok Hj Salleh putih & cili merah. Dua-dua best ! Makan Mee Kolok punya pasal terus faham dialek Sarawak :)

Pucuk Paku Midin Goreng Belacan


Nasib baik tak jadi beli Pucuk Midin di Pasar Satok, dah sampai LCCT baru terbaca `Dilarang Membawa Masuk Tanaman dan Hasil Tanaman Tanpa Melalui Kuarantin'. Alamak ! Kalau tak dengan Pucuk Midin dengan tuan Pucuk Midin terpaksa kena kuarantin. Kenalah Mak Cah jamin.

Butter Prawn


Udang Mentega yang ada Nestum rasanya, sedap, tp agak manis, kalau ada daun kari & cili padi lagi best, hasil jalan-jalan cari makan dari Restoren Atas Pokok Baruk, Kg Boyan, Kuching

Tuesday, April 6, 2010

Ayam Masak Asam


Serabut, masakan orang penat !

Monday, March 29, 2010

Saturday, February 20, 2010

Garlic Bread with Wild Mushroom Soup


Dinner malam ni, jadi omputih kejap

Terubuk Masin Goreng Garing


Ulam dengan bawang goreng, cili padi goreng dan cili hijau (tanam sendiri) goreng, perah jus limau kasturi, lauk lunch lawan dengan Keladi Masak Lemak Daun Kesum, Cutlet Kambing Panggang Lada Hitam dan Air Sirap Laici, kalah menu 5 star hotel :)

Masak Lemak Keladi Daun Kesum


Bukan masak sendiri, menu import dari Mak Mertuaku

Cutlet Kambing Panggang Lada Hitam


Kegemaran Qilah, Aman dan ibunya ! Tapi lebih manis dan lembut Lamb Chop berbanding cutlet , saje nak try yang lain sikit

Friday, February 19, 2010

Kek Karamel


Resepi asal, Kek Gula Hangus / Kek Sarang Lebah, tapi tak berani letak nama sebab entah di mana silapnya lebahku tak berjaya dipujuk untuk buat sarang, jadilah kek ini, rasa lebih kurang sama tapi rupa berbeza

Sup Ekor


Puas dapat makan Sup Ekor Home Made, dapat ekor baik punya fresh2 lagi, tak macam frozen imported punya ox tail, yang fresh ni lebih manis, cepat empuk dan kurang lemak