Monday, December 16, 2013

Anak Kecil Main Api

Ada 3 perkara yang tidak boleh dipolitikkan ~ PENDIDIKAN, KESIHATAN dan AGAMA.

Jangan sampai kerana kepentingan politik dan poket sendiri, hilang semua maruah diri dan tergadai masa depan anak bangsa.





Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
  Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
  Kan lenyap peristiwa semalam
  Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
 Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha

  Melayu kan gagah di nusantara
  Melayu kan gagah di nusantara
  Melayu kan gagah di nusantara
 

No comments:

Post a Comment