Monday, December 16, 2013

Adat Budaya vs Zaman Milenium


Betul, zaman dah berubah, tapi kadang-kadang kita perlu jadi konservatif untuk mempertahankan budaya bangsa.

Betul, tak perlu mengagungkan adat yang kadangkala membazir dan punya unsur-unsur agama lain tapi ada perkara-perkara yang masih perlu mengikut panduan yang telah dilorongkan oleh tuk nenek ~ adat merisik, meminang, menyambut tetamu, masih relevan hingga kini.

Adat dan budayalah yang membentuk peradaban bangsa.

Adat dan budaya yang menentukan kemajuan tamadun manusia.

Adat dan budaya yang memandu tingkahlaku manusia.

Keistimewaan, keunikan dan keagungan bangsa adalah dilihat daripada kehalusan adat dan budaya.

Tanyalah pelancong yang datang, apa yang mereka cari di Malaysia? Bukan kecanggihan dan kemodenan kerana mereka sudah lebih canggih dan moden tetapi ingin melihat kekayaan adat resam masyarakat majmuk.

Jangan sampai anak cucu tak kenal jati diri bangsa.

Kalau bukan kita yang mengamalkan adat dan budaya, jangan salahkan anak cucu kerana tak ada adab dan bahasa.

Jangan salahkan adanya telefon dan internet maka urusan perkahwinan yang mudah diringan-ringankan.

Bukan memandang nilai material kerana adat dan budaya lebih tinggi nilainya.

Tapi, perlu direnung-renung kembali kerana anak muda kini seperti tak tahu adat dan peranan keluarga yang sepatutnya mengatur majlis dari awal merisik hinggalah majlis bertandang. Bukannya bakal pengantin yang patut berbincang aturan majlis dan kemudian menyerahkan kepada orang tua untuk menjalankannya sahaja, akibatnya oleh kerana ceteknya ilmu adat dan budaya maka majlis yang sepatutnya penuh makna, menyimpang jauh dari yang sepatutnya.


No comments:

Post a Comment