Wednesday, August 17, 2011

Kerepek Pisang Nangka Patah Pinggang



Buat julung-julung kalinya, mempersembahkan... Kerepek Pisang Nangka Patah Pinggang (pinggang pokok pisang yang patah akibat dipukul ribut, bukan orang yang membuatnya, orang yang membuatnya hampir patah pinggang sahaja).

Maka terjadilah peristiwa hari ini dalam sejarah dapur. Tak pernah berniat nak membuat kerepek pisang sendiri walaupun tahun ini bercita-cita tukar tema hari raya dari biskut --> kerepek / keropok / kacang (sudah aim Zainab Food, Simpang Renggam).

Setelah mencuba beberapa resepi, akhirnya yang paling ok adalah back to basic. Garam & bawang putih. That's it. Tak perlu air kapur segala bagai. Hilang kisah nak kekal rangup, jadi merah pulak kerepek 1 kuali + minyak berbuih2 hampir melimpah keluar dari kuali. Tak yah pakai air kapur pun rangup.

Dan mendapat pujian En. Hubby yang sangat mahal itu. Itupun agaknya sebab dia yang tolong kopek kulit pisang 1 tandan. 1 tandan = 6 sisir = 1 balang seperti di gambar & 2 bekas Tupperware bulat saiz sedang = 3 jam siang + 2 jam malam (kalau Lee Chong Wei tak main final Kejohanan Dunia malam tu harus lagi cepat & kurang kadar kecoklatan dan ketidaksempurnaan akibat ulang alik dari dapur ke tv).

Baru saya faham sekarang kenapa orang jual kerepek mahal. Sangat susah (kena bukak gelang emas sebab tak tahan panas masa menyagat & menggoreng) + tak muai + ambil masa lama. Mulai hari ini saya takkan komplen lagi. Kalau tak mau beli senyap ;-)