Monday, December 16, 2013

Tiupan Bara Inspirasi yang Terpendam

Tiba-tiba mendapat inspirasi.

Bukan baru tapi menyemarak minat yang lama tenggelam kerana ketiadaan masa, kononnya.

Melebarkan manfaat dalam blog kerdil, kalau bukan untuk orang lain cukup untuk ingatan dan renungan diri sendiri, untuk meluah yang kadang-kadang sukar dilafaz kerana menjaga hati.

Kredit untuk MPH kerana bossnya menyebabkan aku menjadi ahli dan meneruskan minat mencari sumber inspirasi dalam hidup.

Kredit untuk Lydia Teh, pengarang Life's Like That & HONK! If You're Malaysian ! kerana mengejut minat yang lelap.


Kredit untuk Prof. Azhari bin Ismail (UPM) yang mula-mula memperkenal budaya refleksi.


Moga semangat ini tidak mudah padam dan tetap semarak walau angin bertiup kencang dari 4 penjuru alam!

No comments:

Post a Comment